Thursday, July 14, 2011

Petua#13 - Mengekalkan 'Rally' panjang Hubungan Sex Suami Isteri

Tujuan paparan petua ini khas ditujukan kepada pasangan yg telah sah Menguatkan rumah tangga. Penulis tidak berhasrat sama sekali bersengkokol dgn perbuatan maksiat dan zina.

Hubungan sex suami isteri menjadi salah satu punca utama didalam penceraian masa kini. Perkara ini tidak diketengahkan apabila tuntutan cerai oleh sang isteri. Ini kerana alasan tidak puas dilayan suami adalah sesuatu yg memalukan bg seorg wanita dan budaya org melayu.

Kekuatan tenaga batin bg seorang lelaki tarletak kepada sejarah kehidupan mereka sebelum berkahwin. Jika seseorang itu tidak menjaga zakar mereka., Sudah pasti kehidupan rumah tangga mereka seperti 'makanan tidak cukup perencahnya'... Tapi janganlah berputus asa. Jika anda megalami ejakulasi pra matang.. Amalkan petua ini insyallah Akan membahagiakan psasangan anda.

Petua ini mengajar anda mengawal pernafasan dan fikiran agar tidak terbawa bawa semasa bersama dengan isteri anda. Apabila suami melakukan hentakan, wajiblah menarik nafas sedlm dlmnya.,dan apabila menarik keluar zakar, haruslah melepaskan nafas perlahan2. Pada awalnya ia agar sukar dilakukan... Akan tetapi ia semakin mudah apabila Kita berlatih. Cara penafasan ini membantu zakar memperolehi oksifen yg cukup bg Mengekalkan ketegangannya. Jika suami bears Infiniti ejakulasi, berhentilah seketika dan mulakan kembali. Insyallah ia Akan berpanjangan

Monday, May 16, 2011

Petua#12- Menaikkan Seri Pengantin Di Hari Raja Sehari

Hari ini sahabat karipku bernikah Di Muar Johor. Pasangannya pilihan keluarga... Aku doakan beliau bahagia ke anak cucu.

Cerita bab kahwin nie teringatla plak zaman aku dulu.... Salah sorang makcik aku siap buatkan petua kat aku pada malam pernikahan....lepas aku amal takdela nampak kesannya, tapi bila aku tengok balik video kahwin aku., ramai yg cakap muka aku nampak lain Dan manis.... Ternyata petua makcik aku tu menjadi dengan izinNYA....

"Rendamkan sabut kelapa kedalam air dan masukkan perahan limau purut(lebih kurang 5 hingga 10 biji bg setiap timba). Selepas perahan masukkan sekali kulit limau tersebut kedalam air. Masukkan juga bunga-bungaan yg berbau harum kedalam air tersebut. Air tersebut diperap selama 2 jam. Pada mandian menjelang hari pernikahan / persandingan, mandikan Pengantin dengan air tersebut. Mulakan dengan surah al-fatihah dan pada ayat "kpd engkaulah kami meminta pertolongan" itu diminta Pengantin memasang niat penyeri wajah. Pada setiap siraman harus dimulakan drp ubun rambut Dan disertakan dengan selawat kpd Rasullah s.a.w. Kulit limau yang telah diperah tadi boleh dijadikan berus untuk mengeluarkan kotoran pada wajah Dan angota badan yg lain."


Secara asasnya., limau tersebut dipercayai mampu menyingkirkan kotoran pada wajah dan wajah akan lebih cerah drp biasa. Sabut kelapa pula dipercayai dapat mengekalkan rangkaian kulit agar sentiasa tegang dan mengelakkan kedutan.

Thursday, April 28, 2011

Petua#11 - Menguatkan Buah Pinggang bg mengekalkan KEJANTANAN SEX TERHEBAT diwaktu tua....

Memang menjadi kegilaan seorang lelaki untuk menjadi seorang JANTAN!!!!. Ini kerana KEJANTANAN itulah yang menjadi kegilaan si isteri Di rumah. Aksi diranjang menepati piawaian KEJANTAN,inilah yang dikatakan seorang lelaki tulen. Hanya lelaki tulen dijanjikan wanita tulen. "aku jadikan kamu berpasang-pasangan".

Akan tetapi setiap insan bernama lelaki pasti tidak dapat memenuhi piawaian KENJANTAN apabila usia dimamah masa.Sehingga ada yg sanggup mengadai nyawa dengan menelan VIAGRA untuk mendapat pengiktirafan piawaian KEJANTANAN yang hanya akan diiktiraf oleh ISTERI tersayang.
Lihat Bung Mokhtar dan zizie..... mengandung tu...peerrggh power

Bayangkanlah., betapa indahnya seorang lelaki memenuhi piawaian ini sehingga roh berpisah dengan jasadnya. Berapa ramaikah lelaki yang benar-benar memenuhi piawaian ini.... Amat kurang sekali. Ini dapat dibuktikan dengan fakta masa kini...kes penceraian semakin meningkat. Anak dibesarkan atas dasar "Broken Family" dan akhirnya...tiada lagi lelaki tulen.

Ayuh... lelaki di luar sana., marilah kita mengekal piawaian KEJANTANAN kita sehingga hari tua dan menghalang kepupusan insan yang bernama lelaki dalam dunia ini.... Hanya petua ini yang ditinggalkan oleh moyang kita yg tidak per mengalami kes penceraian dan sebagainya....

"Apabila kita berasmara dengan isteri kita, berasmaralah dengan bersungguh sungguh...janganlah sekadar melepas batuk ditangga. Ini kerana isteri kita mempunyai hak yang sama keatas suami mereka. Apabila layaran badai asmara sampai ke kemuncaknya maka terdampar keletihan suami dan isteri tadi., mohonlah jasa baik isteri untuk duduk diatas pinggang anda sambil berselawat kepada nabi Muhammad s.a.w. Biarkan seketika dan mohon isteri u bangun dengan perlahan .Insyallah dengan izun Allah s.w.t... Kita akan berjaya menepati piawaian KEJANTANAN kita"

Saya memohon petua ini diamalkan ke jalan yg benar. Janganlah disalahgunakan kerana ia akan membawa kepada kemudaratan.

Yang elok itu datang dariNYA dan yang tidak datangnya dari saya....

Selamat Mencuba

Tuesday, April 19, 2011

Petua#10 - Mengurangkan Sakit Tetek / Payu Dara Selepas Bersalin.

Kepada ibu-ibu diluar sana., semestinya memperolehi cahaya mata anugerah illahi amat bermakna dan merupakan hari yang paling bahagia dalam hidup. Setelah membawa kandungan kesana kemari selama sembilan bulan.,disaat kelahiran merupakan antara hidup dan mati.

Setelah lahirnya putera atau puteri., terpaksa pula berpantang 44 hari. Berpantang adalah perkara yg paling membebankan takala melahirkan anak. Udahlah berstokin, tidak boleh sejuk dan hanya dijamu dengan ikan bilis berlada. Bertungku 3 kali sehari dan terpaksa menahan diri daripada bermesra dengan suami selama 100hari. Semuanya dilakukan untuk menjaga suami dan mengelakkan badan dimamah usia.



Boleh dikatakan semua ibu yang bersalin mengalami bengkak tetek. Ini amat menyakitkan terutama bagi mereka yg melahirkan anak sulung. Bengkak tetek terjadi apabila susu yg terkandung didalam tetek tersimpan berlebihan. Untuk Mengurangkan kesakitan ibu., susu yg berlebihan itu wajib dikeluarkan atau kepada ibu yg mengalami lebihan berganda boleh mengamalkan petua ini.....

Apabila sesudah kelahiran hendaklah dilumurkan air asam jawa likat yang telah dibancuh keatas tetek . Ia hendaklah dilakukan aeberapa kerap yang boleh. Difahami air asam jawa ini bertindak sebagai agen pengucupan ke saluran susu tersebut agar susu tersebut tidak berlebihan didalam takungan tetek. Ia juga akan bertindak mengurangkan aliran susu tersebut. Janganlah pula menyapu air asam tersebut pada puting tetek tersebut kerana dibimbangi akan menyebabkan bayi tersebut tidak mahu menghisap tetek.

Amalkanlah petua ini....insyallah ia dapat menghilangkan kesakitan bengkak tetek yang extreme......

Selamat mencuba.... Insyallah.

Friday, April 8, 2011

Petua#9 - Menyejukkan Badan Selepas Menikmati Raja Buah (durian)

Menjadi kebanggaan kita rakyat Malaysia kerana perkataan Melayu iaitu Durian digunakan seantara dunia. Ia juga acap Kali digelar "Raja Buah". Oleh kerana gelatan "Raja Buah" tersebut, ramai diantara kita tidak tahan "daulat" selepas menjamahnya. Badan Panas, batuk, demam dan kadangkala sehingga terlantar di katil hospital.

Bagi pengemar durian., bila musim tiba mereka pasti akan membelinya. Pengemar Tegar "Raja Buah" ini mungkin telah mengamalkan petua ini Dan kepada mereka yang risau Akan akibatnya bolehlah mengamalkan petua seperti dibawah;-

"Apabila anda telah selesai menjamah raja Buah tersebut, ambil bahagian kulit Dan masukkan air putih/masak ke bahagian ruas(pada ulas)kulit tersebut Dan sambil berselawat keatas nabi s.a.w. Sambil minum airnya. Insyallah di percayai ia dapat mengimbangi suhu badan anda."

Kini, anda tidak perlu risau lagi untuk Menikmati kelazatan Raja Buah ini. makanlah sepuas-puasnya bersama keluarga dan org tersayang..insyallah.

Selamat mencuba......

Saturday, March 26, 2011

Petua#8 - Mengurangkan Demam Panas....

Pernahkah anda demam panas. Kadang2 suhu badan melebihi 38darjah dan amat merbahaya terutama terhadap kanak-kanak berumur bawah 3 tahun, ini kerana ia boleh menyebabkan kerencatan otak, kecacatan fizikal malahan ia boleh membawa maut. Sebagai ibubapa kehilangan anak tersayang amat menyedihkan. Ajal maut ditangan Allah, tetapi kita wajib berusaha dengan mengamalkan petua ini;-

Ambil asam jawa dan dimasukkan kedalam mangkuk. Masukkan air masak yang telah sejuk dan ramas sehingga ianya larut. Lumurkan air asam tadi Di atas kepala anak Dari unbun2 ke bahagian belakang, kemudian teruskan keseluruhan kepala. Pastikan suhu diatas kepala kurang dengan merasinya dengan tangan anda. Juga sapukan keseluruh bahagian badan. Dipercayai asam tersebut dapat mengeluarkan panas didalam badan. Air asam juga boleh diminum tetapi campurkan sedikit gula agar sedap rasanya. Lakukan ulangan lumuran setiap 1 jam....insyallah demam Akan beransur baik.....

Insyallah, Selamat mencuba.

Saturday, February 5, 2011

Petua#6 - Memudahkan Si Ibu Bersalin

Petua#6 ini ditujukan khas kepada ibu-ibu yang sedang mengandung. Mungkin Ada Di kalangan pembaca yang akan melahirkan putera/puteri sulung mereka. Petua ini insyallah akan memudahkan anda bersalin.

Semasa mandi rambut di syampu dan dibilas dengan air biasa.Setelah di bilas teruskan mandian dan pada bilasan terakhir, minum air yg mengalir dari hujung rambut anda berserta selawat keatas Rasullah s.a.w.

Anda juga boleh mengamalkan surah mariam seawal kandungan sepertimana diamalkan oleh kebanyakkan ibu-ibu.

Selamat menimang cahayamata... Anugerah ilahi...

Petua#7 - Menjadi No 1 Di hati Suami atau Isteri...

Petua ini hanya sesuai diamalkan oleh mereka yang telah berumahtangga secara sah. Kepada teruna dan dara..., bernikahlah dahulu... Sebelum mengamalkannya.

Pernahkah anda marasakan kadang-kadang anda was-was dengan pasangan anda terutamanya apabila pasangan anda mangatakan beliau kerja shift malam ataupun outstation. Ada yang sampai tidak boleh memejamkan mata untuk tidur. Jangan biarkan perasaan itu membelenggu anda., amalkan petua ini....

Setiap Kali pasangan anda hendak keluar rumah., pasti anda tidak lupa untuk mencium dahi pasangan anda. Juga kerap Kali anda mandi bersama-sama seperti yang dilakukan oleh Rasullah s.a.w. Dipercayai air mandian yang akan bercampur dan serasi atas dasar kasih dan sayang. Ciuman di dahi akan memberi bayangan raut wajah anda tatkala pasangan anda bersama dengan insan ketiga dan sebagai pelindung kepada panahan asmara mereka.

Jika anda Ingin petua moden.... Pasangkan GPS dan kamera pada pasangan anda. Gerenti selamat punya....

Selamat Mencuba

Tuesday, February 1, 2011

Petua#4 - Mengatasi Masalah Keguguran Rambut

Bagi mereka yang mengalami masalah keguguran rambut kadang2 membuat kita kurang selesa apatah lagi ianya berlaku pada usia muda. Masalah keguguran rambut terbahagi kepada dua iaitu genetik dan juga penyakit. Mereka yang mengalaminya bolehlah mengamalkan petua#5 ini.


"Ambil bawang merah kecil(shallot) dan belah ia dgn mengunakan pisau kepada dua bahagian. Anda juga boleh menumbuk bawang tersebut. Sebelum tidur sapukan bahagian belahan jika anda pilih belahan atau lumurkan tumbukan bawang tersebut dibahagian yang mengalami proses kebotakan. Lakukan amalan ini pada sebelah malam sebelum tidur dan pada sebelah pagi sesudah mandi"

Insyallah,rambut anda kembali bergaya. Bagi yang berpenyakit ia akan berhasil selepas sebulan amalan, dimana anak rambut akan bertunas.. Bagi mereka yang genetik, tidak salah mencuba dan mungkin akan berhasil lebih dari sebulan.

Katakan TIDAK pada keguguran rambut....selamat mencuba

Petua#5 - Menghentikan Sedu Si Kecil...

Menyambut kelahiran bayi amat mengujakan buat pasangan suami isteri yang sememangnya menunggu kelahiran putera/puteri sulung mereka. Bermulalah episod baru dlm hidup mereka sebagai ibu dan bapa., gelisah dan resah pabila si kecil merengek kerana ia mengambarkan ketidak selesaan si kecil., bagi sikecil yang selalu mengalami sedu amalkan petua ini.

"Ambil cebisan tisu/kertas/benang dan basahkan dengan air liur si ibu.... letakkan dibahagian dahi(dibawah ubun-ubun)bersertakan dengan selawat keatas nabi dan biarkan beberapa saat.... Insyallah sedu akan reda dan bayi akan nyenyak tidur.."

Anak adalah anugerah illahi.... corakkanlah mereka dengan kasih sayang dan berakhlak mulia.... Insyallah

Petua#3 - Mengurangkan Sakit Gigi

Sakit gigi bagi kebanyakan orang...sakit gile...Gigi akan sakit apabila strukturnya rosak dan kerosakan itu telah sampai ke saraf... Bukan semua orang sanggup berdepan dengan doktor gigi...seriau dibuatnya...hah kepada mereka yang dah takde arah boleh mencuba petua#3 ini...

"Ambil bunga cengkih dan tenyehkan kat bahagian gigi yang rosak. Jika gigi itu berlubang maka masukkan ke dalam lubang tersebut dan gigitlah ia...kalau boleh bawalah tidur sebentar.. Jangan panik jika terasa kebas kerana bunga cengkih tersebut sedang mengurangkan sakit anda. Ulangi beberapa kali agar aroma cengkih sebati dengan gigi anda. Jika anda bernasib baik, kesakitan itu hanya datang sekali... Gigi anda akan mereput dengan sendiri."

Amalkan petua ini dan anda tidak perlu berjumpa doktor...insyallah sakit gigi tidak berulang dengan kerap...

Selamat mencuba....

Monday, January 31, 2011

Petua#2 - Menguatkan Gigi Sehingga Tua

Mempunyai gigi yang menawan pada usia tua sememangnya menjadi idaman setiap insan. Bagi mereka yang ingin mencuba...., insyallah bolehlah terus membaca...

"Setiap kali anda membuang air besar, pastikan anda bawa bersama sehelai kain atau anda boleh gunakan towel anda. Bentukkan kain tersebut seperti perahan basuhan dan gigit kain tersebut semasa proses pembuangan air besar. Petua ini ada pantang larangnya iaitu jangan meludah semasa pembuangan air besar".



Dipercayai dengan mengigit kain tersebut akan menguatkan gigi anda dan larangan meludah dapat melambatkan keguguran gigi... Amalkan petua ini dan jika diizinkanNYA...anda salah seorang daripada orang-orang tua yang mempunyai gigi sempurna dan menawan.....insyallah

Selamat beramal.....

Petua#1 - Mengurangkan Pening Kepala

Kepada mereka yang selalu sakit kepala samada pening ataupun migrain, anda boleh mencuba petua ini sebagai amalan...insyallah.....

"Apabila anda mandi.,mulakan mandian anda dari bawah ke atas...sebagai contoh.,air yang pertama dikenakan ke jari jemari kaki anda, kemudian pusingkan badan anda dan kenakan kepada tumit. Pusing semula dan kenakan kepada tulang kering, pusing semula ke belakang dan kenakan kepada betis.... Dan seterusnya sehingga seluruh badan anda."

Amalkan setiap kali mandian dan insyallah anda dapat merasai perubahan dalam masa dua minggu. Jika anda melakukan dengan betul, anda dapat merasakan satu aliran haba dari bawah sehingga ke bahagian kepala.Dipercayai bahawa aliran tersebut merupakan aliran haba yang dikeluarkan daripada badan anda.Semoga petua ini dapat diamalkan dan semoga amalan usaha kita beroleh rahmat dariNYA.

Selamat mencuba...