Tuesday, April 19, 2011

Petua#10 - Mengurangkan Sakit Tetek / Payu Dara Selepas Bersalin.

Kepada ibu-ibu diluar sana., semestinya memperolehi cahaya mata anugerah illahi amat bermakna dan merupakan hari yang paling bahagia dalam hidup. Setelah membawa kandungan kesana kemari selama sembilan bulan.,disaat kelahiran merupakan antara hidup dan mati.

Setelah lahirnya putera atau puteri., terpaksa pula berpantang 44 hari. Berpantang adalah perkara yg paling membebankan takala melahirkan anak. Udahlah berstokin, tidak boleh sejuk dan hanya dijamu dengan ikan bilis berlada. Bertungku 3 kali sehari dan terpaksa menahan diri daripada bermesra dengan suami selama 100hari. Semuanya dilakukan untuk menjaga suami dan mengelakkan badan dimamah usia.



Boleh dikatakan semua ibu yang bersalin mengalami bengkak tetek. Ini amat menyakitkan terutama bagi mereka yg melahirkan anak sulung. Bengkak tetek terjadi apabila susu yg terkandung didalam tetek tersimpan berlebihan. Untuk Mengurangkan kesakitan ibu., susu yg berlebihan itu wajib dikeluarkan atau kepada ibu yg mengalami lebihan berganda boleh mengamalkan petua ini.....

Apabila sesudah kelahiran hendaklah dilumurkan air asam jawa likat yang telah dibancuh keatas tetek . Ia hendaklah dilakukan aeberapa kerap yang boleh. Difahami air asam jawa ini bertindak sebagai agen pengucupan ke saluran susu tersebut agar susu tersebut tidak berlebihan didalam takungan tetek. Ia juga akan bertindak mengurangkan aliran susu tersebut. Janganlah pula menyapu air asam tersebut pada puting tetek tersebut kerana dibimbangi akan menyebabkan bayi tersebut tidak mahu menghisap tetek.

Amalkanlah petua ini....insyallah ia dapat menghilangkan kesakitan bengkak tetek yang extreme......

Selamat mencuba.... Insyallah.

No comments:

Post a Comment