Friday, April 8, 2011

Petua#9 - Menyejukkan Badan Selepas Menikmati Raja Buah (durian)

Menjadi kebanggaan kita rakyat Malaysia kerana perkataan Melayu iaitu Durian digunakan seantara dunia. Ia juga acap Kali digelar "Raja Buah". Oleh kerana gelatan "Raja Buah" tersebut, ramai diantara kita tidak tahan "daulat" selepas menjamahnya. Badan Panas, batuk, demam dan kadangkala sehingga terlantar di katil hospital.

Bagi pengemar durian., bila musim tiba mereka pasti akan membelinya. Pengemar Tegar "Raja Buah" ini mungkin telah mengamalkan petua ini Dan kepada mereka yang risau Akan akibatnya bolehlah mengamalkan petua seperti dibawah;-

"Apabila anda telah selesai menjamah raja Buah tersebut, ambil bahagian kulit Dan masukkan air putih/masak ke bahagian ruas(pada ulas)kulit tersebut Dan sambil berselawat keatas nabi s.a.w. Sambil minum airnya. Insyallah di percayai ia dapat mengimbangi suhu badan anda."

Kini, anda tidak perlu risau lagi untuk Menikmati kelazatan Raja Buah ini. makanlah sepuas-puasnya bersama keluarga dan org tersayang..insyallah.

Selamat mencuba......

No comments:

Post a Comment