Monday, January 31, 2011

Petua#1 - Mengurangkan Pening Kepala

Kepada mereka yang selalu sakit kepala samada pening ataupun migrain, anda boleh mencuba petua ini sebagai amalan...insyallah.....

"Apabila anda mandi.,mulakan mandian anda dari bawah ke atas...sebagai contoh.,air yang pertama dikenakan ke jari jemari kaki anda, kemudian pusingkan badan anda dan kenakan kepada tumit. Pusing semula dan kenakan kepada tulang kering, pusing semula ke belakang dan kenakan kepada betis.... Dan seterusnya sehingga seluruh badan anda."

Amalkan setiap kali mandian dan insyallah anda dapat merasai perubahan dalam masa dua minggu. Jika anda melakukan dengan betul, anda dapat merasakan satu aliran haba dari bawah sehingga ke bahagian kepala.Dipercayai bahawa aliran tersebut merupakan aliran haba yang dikeluarkan daripada badan anda.Semoga petua ini dapat diamalkan dan semoga amalan usaha kita beroleh rahmat dariNYA.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment