Monday, May 16, 2011

Petua#12- Menaikkan Seri Pengantin Di Hari Raja Sehari

Hari ini sahabat karipku bernikah Di Muar Johor. Pasangannya pilihan keluarga... Aku doakan beliau bahagia ke anak cucu.

Cerita bab kahwin nie teringatla plak zaman aku dulu.... Salah sorang makcik aku siap buatkan petua kat aku pada malam pernikahan....lepas aku amal takdela nampak kesannya, tapi bila aku tengok balik video kahwin aku., ramai yg cakap muka aku nampak lain Dan manis.... Ternyata petua makcik aku tu menjadi dengan izinNYA....

"Rendamkan sabut kelapa kedalam air dan masukkan perahan limau purut(lebih kurang 5 hingga 10 biji bg setiap timba). Selepas perahan masukkan sekali kulit limau tersebut kedalam air. Masukkan juga bunga-bungaan yg berbau harum kedalam air tersebut. Air tersebut diperap selama 2 jam. Pada mandian menjelang hari pernikahan / persandingan, mandikan Pengantin dengan air tersebut. Mulakan dengan surah al-fatihah dan pada ayat "kpd engkaulah kami meminta pertolongan" itu diminta Pengantin memasang niat penyeri wajah. Pada setiap siraman harus dimulakan drp ubun rambut Dan disertakan dengan selawat kpd Rasullah s.a.w. Kulit limau yang telah diperah tadi boleh dijadikan berus untuk mengeluarkan kotoran pada wajah Dan angota badan yg lain."


Secara asasnya., limau tersebut dipercayai mampu menyingkirkan kotoran pada wajah dan wajah akan lebih cerah drp biasa. Sabut kelapa pula dipercayai dapat mengekalkan rangkaian kulit agar sentiasa tegang dan mengelakkan kedutan.