Thursday, April 28, 2011

Petua#11 - Menguatkan Buah Pinggang bg mengekalkan KEJANTANAN SEX TERHEBAT diwaktu tua....

Memang menjadi kegilaan seorang lelaki untuk menjadi seorang JANTAN!!!!. Ini kerana KEJANTANAN itulah yang menjadi kegilaan si isteri Di rumah. Aksi diranjang menepati piawaian KEJANTAN,inilah yang dikatakan seorang lelaki tulen. Hanya lelaki tulen dijanjikan wanita tulen. "aku jadikan kamu berpasang-pasangan".

Akan tetapi setiap insan bernama lelaki pasti tidak dapat memenuhi piawaian KENJANTAN apabila usia dimamah masa.Sehingga ada yg sanggup mengadai nyawa dengan menelan VIAGRA untuk mendapat pengiktirafan piawaian KEJANTANAN yang hanya akan diiktiraf oleh ISTERI tersayang.
Lihat Bung Mokhtar dan zizie..... mengandung tu...peerrggh power

Bayangkanlah., betapa indahnya seorang lelaki memenuhi piawaian ini sehingga roh berpisah dengan jasadnya. Berapa ramaikah lelaki yang benar-benar memenuhi piawaian ini.... Amat kurang sekali. Ini dapat dibuktikan dengan fakta masa kini...kes penceraian semakin meningkat. Anak dibesarkan atas dasar "Broken Family" dan akhirnya...tiada lagi lelaki tulen.

Ayuh... lelaki di luar sana., marilah kita mengekal piawaian KEJANTANAN kita sehingga hari tua dan menghalang kepupusan insan yang bernama lelaki dalam dunia ini.... Hanya petua ini yang ditinggalkan oleh moyang kita yg tidak per mengalami kes penceraian dan sebagainya....

"Apabila kita berasmara dengan isteri kita, berasmaralah dengan bersungguh sungguh...janganlah sekadar melepas batuk ditangga. Ini kerana isteri kita mempunyai hak yang sama keatas suami mereka. Apabila layaran badai asmara sampai ke kemuncaknya maka terdampar keletihan suami dan isteri tadi., mohonlah jasa baik isteri untuk duduk diatas pinggang anda sambil berselawat kepada nabi Muhammad s.a.w. Biarkan seketika dan mohon isteri u bangun dengan perlahan .Insyallah dengan izun Allah s.w.t... Kita akan berjaya menepati piawaian KEJANTANAN kita"

Saya memohon petua ini diamalkan ke jalan yg benar. Janganlah disalahgunakan kerana ia akan membawa kepada kemudaratan.

Yang elok itu datang dariNYA dan yang tidak datangnya dari saya....

Selamat Mencuba

Tuesday, April 19, 2011

Petua#10 - Mengurangkan Sakit Tetek / Payu Dara Selepas Bersalin.

Kepada ibu-ibu diluar sana., semestinya memperolehi cahaya mata anugerah illahi amat bermakna dan merupakan hari yang paling bahagia dalam hidup. Setelah membawa kandungan kesana kemari selama sembilan bulan.,disaat kelahiran merupakan antara hidup dan mati.

Setelah lahirnya putera atau puteri., terpaksa pula berpantang 44 hari. Berpantang adalah perkara yg paling membebankan takala melahirkan anak. Udahlah berstokin, tidak boleh sejuk dan hanya dijamu dengan ikan bilis berlada. Bertungku 3 kali sehari dan terpaksa menahan diri daripada bermesra dengan suami selama 100hari. Semuanya dilakukan untuk menjaga suami dan mengelakkan badan dimamah usia.



Boleh dikatakan semua ibu yang bersalin mengalami bengkak tetek. Ini amat menyakitkan terutama bagi mereka yg melahirkan anak sulung. Bengkak tetek terjadi apabila susu yg terkandung didalam tetek tersimpan berlebihan. Untuk Mengurangkan kesakitan ibu., susu yg berlebihan itu wajib dikeluarkan atau kepada ibu yg mengalami lebihan berganda boleh mengamalkan petua ini.....

Apabila sesudah kelahiran hendaklah dilumurkan air asam jawa likat yang telah dibancuh keatas tetek . Ia hendaklah dilakukan aeberapa kerap yang boleh. Difahami air asam jawa ini bertindak sebagai agen pengucupan ke saluran susu tersebut agar susu tersebut tidak berlebihan didalam takungan tetek. Ia juga akan bertindak mengurangkan aliran susu tersebut. Janganlah pula menyapu air asam tersebut pada puting tetek tersebut kerana dibimbangi akan menyebabkan bayi tersebut tidak mahu menghisap tetek.

Amalkanlah petua ini....insyallah ia dapat menghilangkan kesakitan bengkak tetek yang extreme......

Selamat mencuba.... Insyallah.

Friday, April 8, 2011

Petua#9 - Menyejukkan Badan Selepas Menikmati Raja Buah (durian)

Menjadi kebanggaan kita rakyat Malaysia kerana perkataan Melayu iaitu Durian digunakan seantara dunia. Ia juga acap Kali digelar "Raja Buah". Oleh kerana gelatan "Raja Buah" tersebut, ramai diantara kita tidak tahan "daulat" selepas menjamahnya. Badan Panas, batuk, demam dan kadangkala sehingga terlantar di katil hospital.

Bagi pengemar durian., bila musim tiba mereka pasti akan membelinya. Pengemar Tegar "Raja Buah" ini mungkin telah mengamalkan petua ini Dan kepada mereka yang risau Akan akibatnya bolehlah mengamalkan petua seperti dibawah;-

"Apabila anda telah selesai menjamah raja Buah tersebut, ambil bahagian kulit Dan masukkan air putih/masak ke bahagian ruas(pada ulas)kulit tersebut Dan sambil berselawat keatas nabi s.a.w. Sambil minum airnya. Insyallah di percayai ia dapat mengimbangi suhu badan anda."

Kini, anda tidak perlu risau lagi untuk Menikmati kelazatan Raja Buah ini. makanlah sepuas-puasnya bersama keluarga dan org tersayang..insyallah.

Selamat mencuba......