Saturday, February 5, 2011

Petua#6 - Memudahkan Si Ibu Bersalin

Petua#6 ini ditujukan khas kepada ibu-ibu yang sedang mengandung. Mungkin Ada Di kalangan pembaca yang akan melahirkan putera/puteri sulung mereka. Petua ini insyallah akan memudahkan anda bersalin.

Semasa mandi rambut di syampu dan dibilas dengan air biasa.Setelah di bilas teruskan mandian dan pada bilasan terakhir, minum air yg mengalir dari hujung rambut anda berserta selawat keatas Rasullah s.a.w.

Anda juga boleh mengamalkan surah mariam seawal kandungan sepertimana diamalkan oleh kebanyakkan ibu-ibu.

Selamat menimang cahayamata... Anugerah ilahi...

Petua#7 - Menjadi No 1 Di hati Suami atau Isteri...

Petua ini hanya sesuai diamalkan oleh mereka yang telah berumahtangga secara sah. Kepada teruna dan dara..., bernikahlah dahulu... Sebelum mengamalkannya.

Pernahkah anda marasakan kadang-kadang anda was-was dengan pasangan anda terutamanya apabila pasangan anda mangatakan beliau kerja shift malam ataupun outstation. Ada yang sampai tidak boleh memejamkan mata untuk tidur. Jangan biarkan perasaan itu membelenggu anda., amalkan petua ini....

Setiap Kali pasangan anda hendak keluar rumah., pasti anda tidak lupa untuk mencium dahi pasangan anda. Juga kerap Kali anda mandi bersama-sama seperti yang dilakukan oleh Rasullah s.a.w. Dipercayai air mandian yang akan bercampur dan serasi atas dasar kasih dan sayang. Ciuman di dahi akan memberi bayangan raut wajah anda tatkala pasangan anda bersama dengan insan ketiga dan sebagai pelindung kepada panahan asmara mereka.

Jika anda Ingin petua moden.... Pasangkan GPS dan kamera pada pasangan anda. Gerenti selamat punya....

Selamat Mencuba

Tuesday, February 1, 2011

Petua#4 - Mengatasi Masalah Keguguran Rambut

Bagi mereka yang mengalami masalah keguguran rambut kadang2 membuat kita kurang selesa apatah lagi ianya berlaku pada usia muda. Masalah keguguran rambut terbahagi kepada dua iaitu genetik dan juga penyakit. Mereka yang mengalaminya bolehlah mengamalkan petua#5 ini.


"Ambil bawang merah kecil(shallot) dan belah ia dgn mengunakan pisau kepada dua bahagian. Anda juga boleh menumbuk bawang tersebut. Sebelum tidur sapukan bahagian belahan jika anda pilih belahan atau lumurkan tumbukan bawang tersebut dibahagian yang mengalami proses kebotakan. Lakukan amalan ini pada sebelah malam sebelum tidur dan pada sebelah pagi sesudah mandi"

Insyallah,rambut anda kembali bergaya. Bagi yang berpenyakit ia akan berhasil selepas sebulan amalan, dimana anak rambut akan bertunas.. Bagi mereka yang genetik, tidak salah mencuba dan mungkin akan berhasil lebih dari sebulan.

Katakan TIDAK pada keguguran rambut....selamat mencuba

Petua#5 - Menghentikan Sedu Si Kecil...

Menyambut kelahiran bayi amat mengujakan buat pasangan suami isteri yang sememangnya menunggu kelahiran putera/puteri sulung mereka. Bermulalah episod baru dlm hidup mereka sebagai ibu dan bapa., gelisah dan resah pabila si kecil merengek kerana ia mengambarkan ketidak selesaan si kecil., bagi sikecil yang selalu mengalami sedu amalkan petua ini.

"Ambil cebisan tisu/kertas/benang dan basahkan dengan air liur si ibu.... letakkan dibahagian dahi(dibawah ubun-ubun)bersertakan dengan selawat keatas nabi dan biarkan beberapa saat.... Insyallah sedu akan reda dan bayi akan nyenyak tidur.."

Anak adalah anugerah illahi.... corakkanlah mereka dengan kasih sayang dan berakhlak mulia.... Insyallah

Petua#3 - Mengurangkan Sakit Gigi

Sakit gigi bagi kebanyakan orang...sakit gile...Gigi akan sakit apabila strukturnya rosak dan kerosakan itu telah sampai ke saraf... Bukan semua orang sanggup berdepan dengan doktor gigi...seriau dibuatnya...hah kepada mereka yang dah takde arah boleh mencuba petua#3 ini...

"Ambil bunga cengkih dan tenyehkan kat bahagian gigi yang rosak. Jika gigi itu berlubang maka masukkan ke dalam lubang tersebut dan gigitlah ia...kalau boleh bawalah tidur sebentar.. Jangan panik jika terasa kebas kerana bunga cengkih tersebut sedang mengurangkan sakit anda. Ulangi beberapa kali agar aroma cengkih sebati dengan gigi anda. Jika anda bernasib baik, kesakitan itu hanya datang sekali... Gigi anda akan mereput dengan sendiri."

Amalkan petua ini dan anda tidak perlu berjumpa doktor...insyallah sakit gigi tidak berulang dengan kerap...

Selamat mencuba....