Monday, January 31, 2011

Petua#2 - Menguatkan Gigi Sehingga Tua

Mempunyai gigi yang menawan pada usia tua sememangnya menjadi idaman setiap insan. Bagi mereka yang ingin mencuba...., insyallah bolehlah terus membaca...

"Setiap kali anda membuang air besar, pastikan anda bawa bersama sehelai kain atau anda boleh gunakan towel anda. Bentukkan kain tersebut seperti perahan basuhan dan gigit kain tersebut semasa proses pembuangan air besar. Petua ini ada pantang larangnya iaitu jangan meludah semasa pembuangan air besar".



Dipercayai dengan mengigit kain tersebut akan menguatkan gigi anda dan larangan meludah dapat melambatkan keguguran gigi... Amalkan petua ini dan jika diizinkanNYA...anda salah seorang daripada orang-orang tua yang mempunyai gigi sempurna dan menawan.....insyallah

Selamat beramal.....

Petua#1 - Mengurangkan Pening Kepala

Kepada mereka yang selalu sakit kepala samada pening ataupun migrain, anda boleh mencuba petua ini sebagai amalan...insyallah.....

"Apabila anda mandi.,mulakan mandian anda dari bawah ke atas...sebagai contoh.,air yang pertama dikenakan ke jari jemari kaki anda, kemudian pusingkan badan anda dan kenakan kepada tumit. Pusing semula dan kenakan kepada tulang kering, pusing semula ke belakang dan kenakan kepada betis.... Dan seterusnya sehingga seluruh badan anda."

Amalkan setiap kali mandian dan insyallah anda dapat merasai perubahan dalam masa dua minggu. Jika anda melakukan dengan betul, anda dapat merasakan satu aliran haba dari bawah sehingga ke bahagian kepala.Dipercayai bahawa aliran tersebut merupakan aliran haba yang dikeluarkan daripada badan anda.Semoga petua ini dapat diamalkan dan semoga amalan usaha kita beroleh rahmat dariNYA.

Selamat mencuba...